Budak 7 tahun kena tembak di Myanmar, mangsa termuda ditembak sejak rampasan kuasa

Budak 7 tahun kena tembak di Myanmar, mangsa termuda ditembak sejak rampasan kuasa

Kanak-kanak berusia tujuh tahun mati ditembak pihak berkuasa Myanmar, sekali gus didakwa menjadi mangsa termuda dalam ketegangan susulan rampasan kuasa tentera.

Ahli keluarga kanak-kanak itu mendakwa mangsa ditembak mati di kediamannya di bandar Mandalay.

Kakitangan perkhidmatan pengebumian memaklumkan agensi berita Reuters bahawa kanak-kanak itu ditembak di bandar Chan Mya Thazi.

Media tempatan, Myanmar Now melaporkan pihak tentera cuba menembak bapa kanak-kanak itu, namun tersasar dan terkena mangsa.

Badan bukan kerajaan, Save the Children mendakwa lebih 20 kanak-kanak merupakan antara puluhan yang maut sejak rampasan kuasa itu berlaku.

Secara keseluruhan, pihak tentera memaklumkan seramai 164 mangsa telah terbunuh dalam siri protes yang berlangsung.

Namun, kumpulan aktivis Assistance Association for Political Prisoners (AAPP) mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 261 kematian.

Pihak tentera pada Selasa mengaku sedih dengan kematian peserta protes, namun mendakwa kumpulan anti-rampasan kuasa bertanggungjawab sepenuhnya atas keganasan tersebut.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/budak-7-tahun-mati-ditembak-mangsa-termuda-dalam-konflik-rampasan-kuasa-myanmar-289710