Budak 11 tahun hasilkan kod programming untuk cipta roket, rupanya bukan calang-calang ibu bapanya

Oleh NADIA HARON

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di China telah berjaya ‘menulis’ sendiri 600 baris kod pengaturcaraan untuk mencipta roket, lapor South China Morning Post.

Yan Hongsen, yang mempelajari sendiri pengaturcaraan, fizik, dan kimia, telah menjadi sensasi selepas kejayaannya tular di media sosial tempatan China.

Kanak-kanak tersebut, yang kini digelar Rocket Boy, meng dokumentasikan perjalanan pembinaan roketnya melalui aplikasi Douyin dan berjaya mengumpul lebih 400,000 pengikut.

Yan, seorang pelajar tahun lima dari wilayah Zhejiang di timur China, mula berminat dalam roket dan astronomi selepas menyaksikan pelancaran roket Long March-2 ketika berusia empat tahun bersama bapanya.

Sejak di tadika, Yan telah mengikuti kelas pengaturcaraan dan mempelajari fizik serta kimia melalui buku dan video.

Budak 11 tahun hasilkan kod programming untuk cipta roket, rupanya bukan calang-calang ibu bapanya

Untuk menyokong minatnya, bapanya telah mengubah suai sebuah bilik di rumah mereka menjadi makmal bagi Yan membina roket.

Pada Ogos 2022, Yan meluangkan masa selama 10 bulan untuk melakukan penyelidikan dan membangunkan roket bahan api pepejal pertamanya yang dinamakan Sen Xing. Pada Jun tahun lalu, Yan melaksanakan ujian pelancaran roket tersebut. Namun, roket itu mengalami masalah apabila penggalak payung terjun gagal berfungsi selepas fasa perpisahan.

Komponen lain juga rosak, menyebabkan roket tersebut terhempas. Yan tidak mahu mengalah dan telah mengumpulkan semua serpihan roket untuk analisis dan penambahbaikan roket seterusnya.

Dalam analisisnya, Yan menyatakan, “Nitroselulosa tidak meletup seperti yang dijangka, manakala spring dan bateri litium juga rosak. Mungkin ada isu dengan penyambungan badan roket.”

Kini, Yan sedang berusaha membangunkan roket keduanya dan berharap ia dapat dilancarkan pada masa depan. Dalam video terbaru di Douyin, Yan turut berkongsi 600 baris kod pengaturcaraan sistem kawalan penerbangan yang ditulisnya untuk roket tersebut.

Bapanya juga memberitahu bahawa Yan mempunyai impian untuk menyertai salah satu daripada tujuh universiti pertahanan awam terkemuka di China suatu hari nanti dan terus meneruskan projek pembinaan roket untuk membantu negaranya meneroka angkasa lepas dengan lebih jauh.

BACA: “Bila isteri aku kantoi curang, aku tak terus ceraikan dia, rupanya dia dengan aku 2 kali 5 sahaja, jenis ‘makan luar’ juga”