Bubar Dun Melaka, ramai yang tak setuju dengan saranan Zahid

Dun

Bubar Dun Melaka, ramai yang tak setuju dengan saranan Zahid. Ketua sebuah badan pemerhati pilihan raya dan seorang penganalisis politik tidak bersetuju dengan gesaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi agar pilihan raya negeri (PRN) diadakan di Melaka.

Pilihan raya harus menjadi pilihan terakhir ketika wabak Covid-19, kata Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann dan penganalisis politik, Azmi Hassan.

Zahid menggesa agar pilihan raya diadakan setelah empat ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata, mereka tidak lagi menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Fann berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa kerajaan pimpinan Sulaiman telah jatuh, kecuali Ketua Menteri itu gagal dalam undi percaya atau meletak jawatan.

Dun

“Mengadakan pilihan raya kilat adalah satu pilihan, tetapi memandangkan Undi 18 dan pendaftaran automatik pengundi belum dilaksanakan serta wabak Covid-19 masih menjadi ancaman, ia harus menjadi pilihan terakhir,” katanya kepada FMT.

Katanya, jika Ketua Menteri kehilangan sokongan, beliau atau calon lain bagi jawatan itu boleh berusaha mencapai perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan Pakatan Harapan (PH).

Azmi pula berkata, gesaan Zahid itu menunjukkan bahawa Umno yakin akan kekuatannya di Melaka.

Bagaimanapun, langkah mengadakan PRN hanya akan merugikan Melaka ketika wabak masih belum terkawal.

Semalam, ADUN Sungai Udang Idris Haron daripada Umno berkata, kerajaan pimpinan Sulaiman tidak lagi mendapat majoriti.

“Kami tahu ada 11 ADUN pembangkang yang tidak menyokong kerajaan dan dengan kami berempat, ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri telah kehilangan majoriti,” katanya.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/05/seruan-zahid-agar-prn-melaka-diadakan-tak-dapat-sambutan/

BACA: Gempar !!! Selepas empat Adun Melaka hilang kepercayaan, dua lagi Adun menyusul

COMMENTS

Wordpress (0)