Bubar Dun Melaka : 15 Adun bakal menghadap Agong

Semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, esok.

ADUN Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee, berkata semua mereka akan ke Istana Negara untuk menghadap baginda bagi menyelesaikan krisis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Esok kami akan menaiki bas ke Istana Negara dan cadangan ini sudah dipersetujui semua pihak.

Bubar Dun Melaka : 15 Adun bakal menghadap Agong

Cadangan menghadap Yang di-Pertua Agong disuarakan ADUN Sungai Udang Idris Haron. (Gambar Bernama)

“Cadangan ini (menghadap) disuarakan Datuk Seri Idris Haron (ADUN Sungai Udang) dan esok kami akan bertolak ke istana,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Terdahulu, Norhizam, meluahkan ketidakwajaran keputusan pembubaran DUN Melaka memandangkan beliau bersama tiga lagi ADUN dan 11 ADUN daripada PH belum menerima sebarang maklum balas sama ada daripada pejabat Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam mahupun Istana Melaka.

Beliau turut mendakwa terdapat dwistandard dalam keputusan dibuat itu walaupun pihaknya sudah membentuk majoriti secara fizikal.

“Pandangan kami pengisytiharan pembubaran DUN secara tergesa-gesa semalam bertentangan dengan apa yang diamalkan di pentadbiran Pusat oleh Agong.

“Di peringkat Pusat, sebelum membuat keputusan, baginda mendapatkan nasihat daripada semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hakim dan peguam negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebelum satu keputusan dibuat demi kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara,” katanya.

Norhizam berkata, situasi di Melaka juga tidak boleh disamakan dengan Sarawak memandangkan kerajaan negeri Sarawak ketika ini masih mempunyai majoriti, sebaliknya di Melaka kerajaan sudah tumbang dan hilang majoriti.

“Adalah tidak adil untuk lantik kerajaan yang sudah tumbang sebagai ‘caretaker’ sementara menanti keputusan SPR melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) atau pengisytiharan darurat untuk dilaksanakan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/06/15-adun-melaka-menghadap-agong-esok-kata-adun-pengkalan-batu/

BACA JUGA : Panas !!! Penceramah bebas disiasat Polis

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Bubar Dun Melaka : 15 Adun bakal menghadap Agong […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Bubar Dun Melaka : 15 Adun bakal menghadap Agong […]