Buaya melibas, penguatkuasa terpelanting kena ekor

Buaya melibas, penguatkuasa terpelanting kena ekor.Kehadiran buaya di tempat awam sudah pasti akan mencetuskan rasa panik dan takut dikalangan penduduk setempat. Dan itulah berlaku apabila seekor buaya besar ditemui berada di dalam longkang berdekatan dengan sebuah kedai di Brunei.

Berdasarkan perkongsian pengguna facebook yang menggunakan akaun Amlek Hms, buaya sepanjang buaya sepanjang 4.5 meter itu dilihat telah melibas anggota Bomba di Brunei itu dengan ekornya ketika buaya itu dimasukkan ke dalam trak pikap.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei, buaya sepanjang 4.5 meter itu telah berjaya ditangkap pada 5 Januari lalu.

Seramai tujuh orang anggota Bomba dari Balai Bomba Muara telah dikejarkan ke tempat kejadian setelah mendapat laporan mengenai gangguan binatang liar di kawasan berkenaan.

“Apabila sampai di tempat panggilan, didapati seekor buaya berukuran 4.5 meter panjang berada di dalam longkang berdekatan dengan kedai tersebut”-ujar pihak Bomba.

Buaya melibas, penguatkuasa terpelanting kena ekor

BACA JUGA : [Video] Tular aksi buaya berenang sambil depa kaki depan, ini sebenarnya berlaku
BACA JUGA : Spesies ikan yang pernah hidup 420 juta tahun lepas ditemui masih hidup

Buaya tersebut berjaya ditangkap dan dipindahkan dan tiada sebarang kejadian tidak diingin berlaku atau kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku. Walaubagaimanapun, kerana saiznya yang besar, buaya tersebut kelihatan hampir tidak muat apabila diletakkan di trak pikap.

VIDEO:

BACA JUGA:
Saintis terkejut bila buat ujian imbasan mumia buaya berusia 2500 tahun ini
Gadis 18 tahun terselamat setelah bertarung dengan buaya ‘gergasi’
Aksi cemas isteri terjun parit demi selamatkan suami diseret buaya

Artikel ini disiarkan pada 11/01/2022