Buaya berat 1 tan berjaya ditangkap oleh pemuda ini seorang

Buaya berat 1 tan berjaya ditangkap oleh pemuda ini seorang

Buaya berat 1 tan berjaya ditangkap oleh pemuda ini seorang. Seorang lelaki berusia 53 tahun di Sulawesi Tenggara menangkap seekor buaya sepanjang 4 meter dan berat 1 tan seorang diri ketika terserempak dengan reptilia itu di dalam sebuah kebun, lapor laman berita Tribunnews.

Lelaki dikenali sebagai Usman itu merupakan penduduk Desa Ambuau Indah, Kecamatan Lasalimu Selatan di Kabupaten Baton. Menurutnya, dia menangkap buaya itu dengan menggunakan tali.

“Saya terserempak dengan buaya ini ketika melalui kebun dan kebetulan saya membawa tali.

“Saya ikat ekornya terlebih dahulu sebelum menarik lebihan tali untuk dililit pada sebatang pokok. Selepas ikatannya kemas, barulah saya mula mengikat anggota badan yang lain,” ujar Usman.

Menurut Usman, dia mengambil masa sejam untuk benar-benar memerangkap haiwan itu dalam ikatan tali yang kukuh.

Buaya berat 1 tan berjaya ditangkap oleh pemuda ini seorang

Tambahnya, buaya itu sudah beberapa kali dikesan muncul di kawasan kediaman dan ia datang dari Sungai Malaoge yang merupakan lokasi binatang bias itu membiak.

BACA:

Kena paksa makan stik buaya, reaksi member Running Man ini buat penonton ketawa

[Video] Tular aksi buaya berenang sambil depa kaki depan, ini sebenarnya berlaku

Separuh buaya, separuh ikan… Pelajar terkejut lihat haiwan misteri ditemuinya

CATEGORIES