‘Buat baik dibalas baik’, ikhlas bantu orang susah, peniaga ini dapat hadiah rumah dan wang RM47000

Oleh GEMILANGDAILY

Seorang penjual donat jalanan di Pulau Bali kembali menjadi tumpuan netizen setelah menerima hadiah berupa wang tunai

Dan sebuah rumah dari seorang lelaki yang pernah dibantu sebelum ini, lapor laman berita Detik semalam.

Ni Luh Sri Wulandari, 27 tahun, terkenal kerana memberikan tiga biji donat secara percuma

'Buat baik dibalas baik', ikhlas bantu orang susah, peniaga ini dapat hadiah rumah dan wang RM47000

kepada seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Isaiah Garza, tanpa menyedari bahawa Garza adalah seorang pesohor media sosial.

Garza ketika itu berpura-pura tidak mempunyai wang dan meminta sebiji donat daripada Ni Luh untuk dimakan.

“Kita perlu saling membantu,” kata Ni Luh ketika ditanya mengapa dia bermurah hati memberikan tiga biji donat kepada lelaki tersebut.

Setelah mendengar jawapan itu, Garza memberikan wang tunai sebanyak 7.5 juta rupiah (RM2,251) sebagai tanda penghargaan terhadap kemurahan hati Ni Luh.

Tidak lama selepas kejadian itu, Garza kembali dengan menyediakan kejutan untuk Ni Luh.

“Saya membuat kejutan untuk penjual di kali lima itu dengan menghadiahkan sebuah rumah baru serta wang tunai sebanyak 155 juta rupiah (RM46,524).

“Impiannya adalah untuk memiliki rumah, dan saya berterima kasih kepada anda semua,” kata Garza dalam keterangan video yang dikongsikan.

Dalam video tersebut, Ni Luh dibawa ke rumah barunya dengan matanya ditutup. Setelah membuka penutup mata, dia menangis terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Garza.

BACA: Daihatsu kantoi tipu ujian keselamatan, kereta baru dari Perodua dan Toyota terima tempias