Bos pelik staff dia tak happy setiap kali dapat gaji, setiap hari bawa bekal nasi telur, bila siasat rupanya..

Bos pelik staff dia tak happy setiap kali dapat gaji, setiap hari bawa bekal nasi telur, bila siasat rupanya. Assalamualaikum semua pembaca setia. Nama aku Rina, seorang isteri, ibu, anak dan majikan yang dah berusia lewat 30an. Pekerja aku lebih kurang 20 orang dan majoritinya adalah anak – anak muda lepasan SPM dan fresh graduate.

Bila kita sebut tentang dua golongan ni, ramai yang tau golongan ni ialah insan yang baru nak membina hidup dan baru nak merasa duit sendiri. Aku sebagai majikan seboleh – bolehnya inginkan yang terbaik untuk staff dan menjadikan mereka sebagai rakan jadi mereka selesa untuk meluahkan segala isu dan permasalahan baik di dalam pejabat atau hal – hal lain.

Aku dapati kebanyakan staff aku dibebani dengan masalah kewangan dan masalah tersebut datang dari ibu bapa mereka sendiri. Maaf, aku bukan nak kata seorang anak tak patut berbakti kepada ibu bapa, tetapi sebagai ibu bapa berpada – padalah.

Contoh yang pertama staff perempuan aku bernama Dewi. Baru bekerja tiga bulan, tiba – tiba datang berjumpa aku untuk bertanya tentang cara – cara membuat personal loan. Aku musykil, dia nak kahwin ke? Rupa – rupanya ayah dia yang suruh sebab beban hutang ayah dia terlalu banyak.

Kereta dua biji, rumah dan baru – baru ni ambik motor kapcai secara ansuran kononnya mudah nak pergi ke surau. Ayah dia pesara kerajaan, baru ambik kereta setahun sebelum bersara. Kereta lama masih berbaki tiga tahun.

Bos pelik staff dia tak happy setiap kali dapat gaji, setiap hari bawa bekal nasi telur, bila siasat rupanya..

Baca Artikel Penuh