Bonda Sultan Mizan Zainal Abidin mangkat
Bonda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mangkat awal pagi tadi.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Mohd Sophian Abu Bakar,
Memaklumkan Tengku Besar Terengganu Fatimah@Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada jam 3.17 pagi.
Mohd Sophian berkata, jenazah Almarhum dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dengan pesawat khas dan akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah untuk penghormatan terakhir.
Almarhum dimakamkan di Makam DiRaja Masjid Al-Muktafi Billah Shah selepas Asar.
“Sultan Mizan juga mengampuni perkenan tempoh berkabung selama lima hari mulai hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Tak sama macam dalam filem, ini kisah manusia yang dibesarkan Serigala