Bomoh terkenal mati kena tembak…

Bomoh terkenal mati kena tembak…

Seorang pengamal perubatan tradisional ditemukan maut dipercayai ditembak dalam sebuah rumah berhampiran Bukit Rangin Perdana 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemukan kira-kira jam11 malam, dengan kesan darah kering di kepala serta mempunyai luka tembakan.

“Setakat ini, polis tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam atau marah memandangkan terdapat juga beberapa kesan tembakan di badan mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Noor berkata difahamkan mangsa tinggal berseorangan di rumah semasa kejadian kerana isterinya sedang berpantang di rumah keluarganya di Pekan selepas melahirkan anak.

Ibu mangsa berusia 60 tahun yang tinggal bersama mangsa pula dikatakan sedang berniaga di sebuah tapak perniagaan yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita penuh :https://www.mynetizen.com/viral-bomoh-terkenal-ditemukan-maut-dengan-kesan-tembakan/

COMMENTS