Bomoh terkenal dakwa mampu hentikan penularan Covid-19 akhirnya mati kerana Covid-19. Bomoh terkenal yang mendakwa boleh menamatkan penularan Covid-19 di Sri Lanka dengan hanya menggunakan ‘air suci’, meninggal dunia akibat virus itu, jelas ahli keluarganya hari ini.
Eliyantha White, 48, yang pernah merawat ahli sukan dan ahli politik terkenal termasuk Perdana Menteri, mendakwa mampu menamatkan pandemik itu dengan ‘menuang air suci’ ke dalam sungai.
Bekas Menteri Kesihatan, Pavithra Wanniarachchi yang menyokong rawatan itu turut dijangkiti Covid-19.
BACA JUGA : Pondan mungkin dilarang masuk masjid di Wilayah Persekutuan – Timb Menteri Agama
Bomoh itu mendakwa memiliki kuasa istimewa sejak berusia 12 tahun.
Keluarganya sebelum ini berkata, bomoh itu enggan menerima suntikan Covid-19.
Berita penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/bomoh-air-suci-rawat-covid-19-meninggal-dunia/