Baru-baru ini, sebuah sekolah menengah di Kelantan telah disahkan diserang demam kepialu atau nama lainnya ialah typhoid fever.
Seramai seribu kakitangan sekolah diarah menjalani ujian tifoid atau demam kepialu.
Demam kepialu ini biasa terjadi di seluruh dunia dan wabak ini dibawa melalui usus dan juga darah dalam badan manusia.
Namun, apakah langkah-langkah mengelakkan jangkitan demam kepialu yang kita boleh amalkan? Mari lihat.
1. Basuh tangan dengan air bersih sebelum makan dan selepas ke tandas.
2. Basuh ulam-ulaman serta sayur dan buah-buahan dengan air bersih.
3. Hanya guna air bersih untuk penyediaan makanan.
4. Minum air yang sudah dibotolkan atau yang telah dirawat.
5. Pilih gerai makanan yang bersih.
6. Lupuskan sampah dengan betul.
7. Gunakan penyepit untuk ambil makanan.
8. Tutup semua makanan.
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Tiada angin tiada ribu, Kaka Azraff dan suami pula tiba-tiba bercerai