Blok PN terdiri daripada 4 pemimpin Islam dan 8 pemimpin bukan Islam

Blok PN terdiri daripada 4 pemimpin Islam dan 8 pemimpin bukan Islam

Blok Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan terdiri dari gabungan 12 parti politik mengadakan pertemuan di Putrajaya pada 1 Julai yang lepas bagi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Blok yang terdiri daripada 4 pemimpin parti yang beragama Islam dan 8 orang pemimpin bukan Islam itu juga memberi penekanan kepada kestabilan politik negara.

Menurut laman FB Muhyiddin Yassin pertemuan itu lebih kepada menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin. Laman itu menulis :

Ketua-ketua parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan satu pertemuaan petang tadi di Putrajaya.

Semua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin dan bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Pimpinan yang hadir adalah Presiden-Presiden parti iaitu:
1. YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin (BERSATU)
2. YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
3. YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (PAS)
4. YB Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA)
5. YBhg Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee (MIC)
6. YAB Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (PBB)
7. YB Prof Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian (SUPP)
8. YB Dato’ Sri Tiong King Sing (PDP)
9. YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (PRS)
10. YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS)
11. YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS) dan
12. YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR)

Selain dari menyatakan sokongan, mesyuarat juga turut berbincang tentang Pilihanraya negeri Sarawak dan beberapa isu berbangkit.

Sumber: