Blogger warga Malaysia diarah bayar saman fitnah S$160,000 kepada PM Singapura

Mahkamah Tinggi Singapura memerintahkan dua blogger membayar ganti rugi kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebanyak S$370,000 berhubung sebuah artikel mengenai status kediaman mendiang bapanya, Lee Kuan Yew.

Lee mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap penulis Rubaashini Shunmuganathan dan Xu Yuan Chen, seorang pengarang, yang juga dikenali sebagai Terry Xu, mengenai artikel yang diterbitkan pada bulan Ogos 2019 di The Online Citizen.

Artikel itu merujuk perselisihan dalam keluarga Lee mengenai hartanah tersebut.

Blogger warga Malaysia diarah bayar saman fitnah S$160,000 kepada PM Singapura

Hakim Mahkamah Tinggi Audrey Lim mengatakan artikel itu “mencemarkan reputasi dan karekter Lee” dengan mendakwa beliau tidak jujur.

“Artikel ini membabitkan integriti peribadi Lee dan boleh menjejaskan kredibilitinya, bukan hanya secara peribadi tetapi juga sebagai perdana menteri dan menimbulkan persoalan keupayaannya untuk memerintah dengan integriti,” kata Lim dalam penghakiman bertulisnya.

Xu, seorang warga Singapura, diperintahkan untuk membayar Lee S$210,000, sementara dalam saman berasingan pada artikel yang sama, Rubaashini, seorang warga Malaysia diperintahkan membayar S$160,000.

Lee muncul di mahkamah dalam kes ini pada bulan Mei, yang mana beliau mendakwa ‘tuduhan sensasi’ telah dilakukan terhadapnya.

Sementara itu, Setiausaha Akhar Lee berkata, ganti rugi itu akan didermakan kepada kebajikan.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/01/pm-singapura-menang-saman-fitnah-s275000/

BACA JUGA : Gempar !!! Akhirnya Anwar buka mulut isu ‘perjanjian’ dengan PM