Bilik Najib Razak masa kecil di rumah Tun Razak jadi perhatian, "tak sangka.."

Bilik Najib Razak masa kecil di rumah Tun Razak jadi perhatian, “tak sangka..”

Bilik Najib Razak masa kecil di rumah Tun Razak jadi perhatian, “tak sangka..” Bilik bekas Perdana Menteri ke-enam, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa usia kecil beliau mengundang perhatian netizen.

Arwah bekas Perdana Menteri kedua dilantik menjadi Perdana Menteri pada tahun 1970 sehingga 1976. Beliau menjadi anak kepada Orang Kaya Indera Syahbandar (O.K.I.S) yang kesembilan berjaya meletakkan Tun Abdul Razak sebagai orang kenamaan pada ketika itu.

Bekas Perdana Menteri kedua itu mendiami di rumah itu sebelum beliau menjadi Perdana Menteri sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1976.

Bagaimanapun rumah tersebut telah diserahkan kepada Arkib Negara supaya boleh dilawati oleh orang ramai secara percuma.

Seorang pengguna media sosial TikTok @dyzullsophy berkongsi kepada netizen pengalaman beliau membuat melawati rumah agam yang luas dan mewah ini.

Bilik Najib Razak masa kecil di rumah Tun Razak jadi perhatian, "tak sangka.."

Menerusi perkongsian beliau, netizen kagum dengan rekaan rumah ini kerana nampak mendamaikan. Ada juga netizen yang baru tahu rumah ini boleh dilawati secara percuma. Tidak kurang juga yang lebih tertumpu kepada saiz ‘comel’ bilik Dato’ Sri Najib Razak sewaktu kecil.

Sekiranya anda berminat untuk melawat dan melihat dengan lebih dekat rumah yang pernah didiami keluarga Tun Razak, anda boleh lah berbuat demikian dengan melawatinya di Tun Abdul Razak Memorial, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

@dyzullsophy Bunglow tinggal sangat menyeramkan 😭😭 #rumahtinggal #berhantu #tunrazak #najibrazak #fyp ♬ HORROR SOUNDS – ElasoArt

BACA:

Gaji penjawat awam tak naik sebelum PRU-15, CUEPACS akan turun ke jalanan buat demonstrasi

Netizen kecam Sharifah Rose biar aurat terdedah, sekali jurusolek ni sound balik

12 permohonan warga Bangladesh jadi warganegara diluluskan KDN

CATEGORIES