“Bila anak perempuan balik bukan nak tolong saya di dapur, 24 jam belek anak sedangkan anak dia tidur je, dia buat mak mertua macam bibik!”

Saya takdelah masalah sangat, cuma otak saya semak dengan karenah anak tiri. Ceritanya begini, saya seorang ibu tunggal dan ada seorang anak lelaki.

Kemudian sebaik saja saya habis eddah saya terus berkahwin dengan suami saya sekarang. Kami kerja sepejabat masa tu.

Ramai kawan yang cuba kenenkan kami berdua. Dia bapa tunggal yang dah kem4tian isteri, mempunyai 3 orang anak.

"Bila anak perempuan balik bukan nak tolong saya di dapur, 24 jam belek anak sedangkan anak dia tidur je, dia buat mak mertua macam bibik!"

Yang pertama perempuan, yang kedua dan ketiga lelaki. Masa saya berkahwin dengannya, dia dah 7 tahun menduda. Setelah berkahwin atas saranan saya, kami ambil semua anak – anak dia dan bela bersama – sama dengan anak saya.

Saya tak nak kami kahwin kami je bahagia sedangkan anak – anak terbiar. Masa tu anak perempuan je duduk dengan dia. Anak yang kedua dengan emak mertua dan anak ketiga dengan mak arw4h. Mulanya suami tak setuju tapi lepas saya bertegas dia pun turuti.

Baca Artikel Penuh