Betulkah Muhyiddin dihubungi Trump atau sekadar lakonan?

Menipu Legitimasi

Perdana Menteri TSMY telah menulis yang Presiden Trump telah menelefon dia selama 30 minit untuk mengucapkan tahniah atas penubuhan kerajaan yang baharu. Yang peliknya sumber yang memetik berita ini hanya dari FB dia, website PMO seterusnya di kutip oleh media tempatan. Even dalam TV3 pun tiada bukti suara/video Presiden Trump berada di hujung talian secara langsung.

Ini sangat berbeza dengan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat, TunM waktu mula-mula angkat sumpah telah di iktiraf oleh White House
https://www.whitehouse.gov/briefings-statements/statement-press-secretary-regarding-prime-minister-tun-dr-mahathir-mohamad-malaysia/

bukan takat lakonan telefon yang tak tahu siapa yang di hujung talian.

Ntah-ntah mamat scammer NASA tu lagi kan? manalah kita tahu kena tipu kali ke dua dengan scammer NASA; IQ geng tebuk atap bukan boleh kira, level biskut Marie kat buffet Shereton aje. Sedangkan graduate oxford dan mat jargonpun kena tipu dengan citizen scientist, inikan PM Pintu belakang.

Dan lagi pelik pasal apa Trump tak ada tweet apa-apapun pasal dia telefon PM atap? Tweet archive dia pun sibuk kena rembat dengan rakyat dia pasal kematian Covid dah lebih dari 79K. Ni kira macam taraf isteri kawin siamlah, depan kadi nak mintak fasakh mengaku dah nikah, suh tunjuk mai surat nikah dia melopong, last-last dapat telur, anak-anak pun tak ada surat beranak.

Kasihan nampak sangat desperate nak di iktiraf sampai sanggup melebong ala-ala Jemin, cuma 2 bulan lewat.

Sumber: