Bertugas dalam panas terik, hargai pengorbanan mereka – Hasanuddin

Bertugas dalam panas terik, hargai pengorbanan mereka – Hasanuddin

Pasukan beruniform seperti ATM, PDRM, APM, dan RELA sentiasa di hati kami.

Saya memang berminat untuk turut sama memakai uniform seperti mereka sejak kecil. Saya sangat berbangga dengan saudara mara saya yang segak beruniform, samada mereka yang terdiri daripada anggota tentera mahupun polis. Semoga semua yang telah pergi, berada di Taman-Taman Syurga Ilahi.

Saya masih berseorangan memandu kereta untuk melaksanakan tugas di kawasan parlimen saya.

Sebaik melalui “road block” saya ditanya, keluar rumah untuk urusan apa dan ke mana tujuannya, saya menjawab dengan penuh sopan.

Sebelum saya beredar, saya ada memperkenalkan diri sebagai Ahli Parlimen, tiba-tiba anggota polis tersebut berdiri tegak dan memberi tabik manakala anggota tentera pula merapatkan senjatanya ke dada. Sambil melaungkan dengan kuat “Maaf Tuan, terima kasih Tuan”.

Saya tidak perlu, dan tidak layak menerima tabik seperti itu. Saya hanya perlukan senyuman balas dari mereka sebaik sahaja saya mengucapkan selamat bertugas dan sedikit doa untuk mereka. Itu telah menjadi satu kepuasan.

Ya! saya benar-benar merasa berbangga dan simpati melihat anggota yang sanggup berpanas terik menjalankan tugas.

Semoga seluruh anggota PDRM, ATM dan RELA dipelihara Allah S.W.T dan diberkati hidup mereka.

Ketika di pos keselamatan PKPD Sg Lui, saya beramah mesra bersama pegawai PDRM dan mendengar luahan keperluan tambahan mereka.

Kembali ke rumah, saya, isteri serta anak-anak menyiapkan keperluan tersebut dalam kotak terpakai yang ada di rumah.

Kami bersyukur dan akan sentiasa sedia berkhidmat pada batas kemampuan yang ada.

#RahmatanLilAlamin
#RajaDijulangRakyatDitatang
#KhadamDuniaPersilatanMelayu

PETUGAS PDRM DAN ATM10 April 202016 Syaaban 1441HPasukan beruniform seperti ATM, PDRM, APM, dan RELA sentiasa di…

Posted by Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus on Thursday, April 9, 2020

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Ahli Parlimen
P101 Hulu Langat

Naib Presiden
Parti AMANAH Negara