Bertindak keatas Azam Baki bukan bidang kuasa Panel SPRM, kata Pengerusi

Dua e-mel yang dihantar oleh pensyarah ekonomi Edmund Terence Gomez, yang meletak jawatan sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) tidak menyentuh dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Pengerusi PPPR, Borhan Dolah berkata, Gomez sepatutnya melaporkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman jika mendapati salah laku dilakukan oleh Azam dan tidak meminta PPPR mengambil tindakan kerana ia jelas bukan bawah bidang kuasa mereka.

Beliau berkata, dua e-mel berkenaan hanya meminta diadakan mesyuarat bagi membincangkan usaha memulihkan imej SPRM.

Bertindak keatas Azam Baki bukan bidang kuasa Panel SPRM, kata Pengerusi

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Borhan Dolah berkata, dua e-mel dihantar oleh Edmund Terence Gomez tidak menyentuh dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.

Katanya, kandungan dua e-mel itu yang dihantar sejak November lalu, tiada langsung memperkatakan mengenai isu salah laku Azam.

Dalam e-mel berkenaan, ahli ekonomi itu menyatakan kebimbangannya mengenai SPRM yang sering dihentam pelbagai pihak dan meminta mesyuarat PPPR segera dibuat bagi membincangkan cara untuk mereka menyokong agensi penguat kuasa itu.

“Saya membalas mengatakan akan mempertimbangkan dahulu perkara itu, malah terus berhubung dengan urusetia SPRM untuk mendapat pandangan kerana isu ini di luar bidang kuasa PPPR.

“Tiba-tiba dia meletak jawatan dan membangkitkan isu itu seolah-olah komuniti saya (Panel PPPR) tidak ambil kisah mengenai dakwaan salah laku KP SPRM, sedangkan dia membangkitkan perkara lain untuk diadakan mesyuarat dan tidak menyentuh isu yang didakwanya ketika meletak jawatan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Gomez dilaporkan meletak jawatan sebagai ahli Panel PPPR kerana mendakwa jawatankuasa itu gagal membincangkan laporan membabitkan pegawai tinggi SPRM.

Beliau dalam surat perletakan jawatannya berkata, timbul persoalan berhubung “hubungan antara perniagaan dan pihak penguat kuasa” dan situasi “konflik kepentingan” membabitkan pegawai tinggi SPRM dan dakwaan pemilikan saham syarikat.

Mengulas lanjut, Borhan yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berkata, Gomez sepatutnya faham mengenai tugas dan penubuhan PPPR, iaitu sebuah jawatankuasa yang merunding serta mencadangkan bersama SPRM untuk dilaksanakan program komuniti untuk kesedaran benci rasuah.

“Malah selain PPPR, ada beberapa lagi mekanisme bertanggungjawab diwujudkan yang bertindak sebagai ‘check and balance’ SPRM seperti Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang dipengerusikan oleh Abu Zahar Ujang serta Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR),” katanya.

BACA JUGA : China berjaya cipta pesawat hypersonic paling laju di dunia, cecah 19,000 km/j
Majlis tahlil, doa ganti sambutan ambang tahun baharu Selangor

Artikel ini disiarkan pada 29/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)