“Bersatu tak akan terhegeh-hegeh dengan Umno”

Bersatu tidak akan terhegeh-hegeh jika Umno enggan bersama Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Che Zakaria Mohd Salleh.

Beliau berkata, Bersatu telah menunjukan toleransi dengan memberikan jawatan Menteri Besar di Johor dan Perak termasuk jawatan Perdana Menteri kepada Umno.

“Pada PRU15, Bersatu akan bersama-sama parti yang mahu bersama-sama kita sahaja, kalau Umno tidak mahu, apakah daya.

"Bersatu tak akan terhegeh-hegeh dengan Umno"

Ahli Dewan Undangan Negeri Permas, Che Zakaria Mohd Salleh berkata wajar bagi Bersatu dan PN menentang Umno di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen terutama di Johor, sekiranya toleransi dan semangat setiakawan yang ditunjukkan tidak dihargai. (Gambar Bernama)

“Kita harapkan gabungan Bersatu, Pas, MIC dan Gerakan dalam PN. Sebelum ini semua sudah kita lakukan atas semangat PN, apa lagi Umno mahu?” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, wajar bagi Bersatu dan PN menentang Umno di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen terutama di Johor, sekiranya toleransi dan semangat setiakawan yang ditunjukkan tidak dihargai.

“Kalau Umno memilih untuk tidak bersama-sama PN, kemungkinan besar undi Melayu akan berpecah. Jadi terpulang kepada Umno. Masalah tidak mahu bergabung dengan Bersatu dan PN ini kita lihat atas pengaruh ‘kluster mahkamah’ yang semakin terdesak.

“Saya lihat Perdana Menteri tiada masalah untuk bekerjasama tetapi kluster mahkamah ini yang buat hal atas kepentingan diri,” katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Amal di Permas Jaya pada Selasa.

Jumaat lalu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu masih belum jelas dengan hala tuju Umno sama ada akan terus bersama-sama dalam PRU15 atau parti itu mempunyai pilihan lain.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/28/bersatu-tak-terhegeh-hegeh-jika-umno-enggan-bersama/

BACA JUGA : Lelaki bakar kubur bapa kerana tak puas hati dengan wasiat

COMMENTS

Wordpress (0)