Bersatu Shah Alam sokong Tun M, gesa pemimpin berdamai

Syukur beberapa KB sudah kedepan mempertahankan pendirian masing² seterusnya menyangkal, kenyataan Datuk Abd Rashid Asari, Ketua BPN Selangor pada 18 Mei 2020.

Kenyataan 5 halaman yg dikeluarkan beliau ternyata satu lagi penipuan terancang dalam rangkaian falasi yg cuba diwujudkan bagi memberi justifikasi kpd komplot melucutkan jawatan Pengerusi parti, serta lain² MP, secara tidak berperlembagaan

Kuala Selangor, Bangi & Klang adalah diantara bahagian yang tampil menyangkal kenyataan awal BPN. Pada masa sama, ADN Kuang, YB Salleh Amiruddin, turut menyatakan sokongan penuh kpd Tun Pengerusi.

AKAR UMBI SHAH ALAM GESA DAMAI
Di Shah Alam pula, satu mesyuarat tergempar yg diadakan pada 4 Mac 2020 yg dipengerusikan oleh KB Shah Alam, Tn Hamidi Bakar, menyaksikan satu kesepakatan berjaya dicapai akar umbi antara lain iaitu untuk terus menyokong Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kekal sebagai Pengerusi parti.

Selepas mesyuarat tersebut, tanda pagar #ShahAlamGesaDamai telah digunakan untuk berusaha mendesak kepimpinan berbaik semula demi parti.

Pada saya, jika ini ketetapan akar umbi BERSATU bahagian, maka eloklah saya akur. Saya berpegang pada kenyataan tersebut. Semoga pendamaian menjadi kenyataan.
Sumber: