Bersatu mesyuarat lagi pagi ini, kelibat Muhyiddin tidak kelihatan

Pemimpin parti Bersatu dan mereka yang berpihak kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika, pagi ini.

Setakat jam 9.15 pagi ini, Ahli Parlimen Bersatu yang dilihat hadir adalah Timbalan Presiden parti Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Ahli Parlimen Bebas Xavier Jayakumar turut hadir untuk pertemuan yang dijangka bermula sebentar lagi.

bersatu

Mesyuarat itu diadakan ketika spekulasi mengenai peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semakin kuat.

Beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/15/pemimpin-bersatu-bertemu-ditengah-tengah-spekulasi-peletakan-jawatan-pm/

 

BACA JUGA :

Panas !!! Pegawai Menteri mula kemas barang masuk kotak

Tawaran Muhyiddin : Kini Ahli Parlimen Pas, Umno dalam PN mula berbelah bahagi

Gempar !!! Sumber sahkan Muhyiddin letak jawatan dalam masa terdekat