Bersatu amat yakin mampu bentuk kembali kerajaan pada PRU15

Bersatu amat yakin mampu bentuk kembali kerajaan pada PRU15.Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menaruh sepenuh kepercayaan terhadap pimpinan hari ini dan yakin dapat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, kekuatan Bersatu selama ini ialah kepercayaan tinggi rakyat yang menaruh harapan baharu kepada sebuah parti Melayu yang berintegriti, amanah dan penuh tanggungjawab tanpa mengabaikan kaum yang lain.

Beliau berkata, Bersatu juga tidak goyah kerana rakyat sudah menetapkan siapa yang akan diundi.

“Sehingga sekarang, jentera Bersatu tidak pernah berhenti membantu rakyat.

Bersatu

“Kesejahteraan rakyat, pemulihan kesihatan awam, memulihkan dan memperkasakan ekonomi untuk bangkit adalah agenda utama yang sangat dirasai rakyat masa kini.

“Kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘arkitek’ Program Pemulihan Negara telah mengubah landskap kehidupan rakyat dan ekonomi negara ke fasa peralihan yang semakin positif,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Khamis.

Beliau berkata demikian sempena sambutan ulang tahun kelima penubuhan Bersatu.

Katanya, Bersatu adalah parti pembaharuan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

“Sebagai parti yang baharu tidak bermakna kami tidak tahu selok-belok hala tuju politik, tetapi kami adalah pembawa kepada politik yang matang dan berimbang,” katanya.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160471/BERITA/Politik/Bersatu-yakin-bentuk-kerajaan-pada-PRU15

BACA: Pas perlu berhenti menipu penyokongnya

COMMENTS