Bersatu akan keluarkan kenyataan rasmi kerjasama dengan Umno – Muhyiddin

Bersatu akan keluarkan kenyataan rasmi kerjasama dengan Umno – Muhyiddin

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata keputusan mengenai hubungan parti itu dengan Umno akan dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin.

“Ada keputusan tapi akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Bersatu menerusi kenyataan sebentar lagi,” katanya ringkas kepada pemberita.

Muhyiddin berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu di Putrajaya sebentar tadi.

Terdahulu, Bersatu dilapor membincangkan hubungannya dengan Umno petang ini, selain kedudukan Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini selepas Umno menghantar surat mengatakan kerjasama dengan Bersatu akan berakhir sebaik sahaja pilihan raya umum (PRU) ke-15 bermula.

Hamzah pada kenyataannya pagi ini, mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat itu pada 26 Februari.

Sementara itu, sumber Malaysiakini memaklumkan Bersatu telah memutuskan ketetapan untuk menuruti kemahuan Umno.

“Kita ikut kemahuan Umno. Lagi pun ini permintaan Umno, bukan Bersatu,” katanya ringkas.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/565313