Berpakaian ketat dan merangsang nafsu lelaki akan didenda di Terengganu?

Berpakaian ketat dan merangsang nafsu lelaki akan didenda di Terengganu? Golongan lelaki atau wanita Muslim yang berpakaian mencolok mata di Terengganu akan diambil tindakan mengikut enakmen jenayah syariah di negeri ini tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, sebelum ini,

Mereka yang berpakaian menjolok mata hanya diberi nasihat dan teguran oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Berpakaian ketat dan merangsang nafsu lelaki akan didenda di Terengganu?

“Kita ambil pendekatan berhikmah dahulu sebelum ini dengan menegur secara baik terhadap individu yang melakukan kesalahan tersebut tanpa mengambil tindakan denda seperti yang diperuntukkan.

“Namun, saya berpandangan sudah tiba masanya untuk kita menguatkuasakan pelaksanaan hukuman enakmen tersebut seperti yang dipersetujui dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada tahun lepas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Baca Artikel Penuh