Berniaga tepi jalan je tapi guna robot tolong buat nasi goreng

Berniaga tepi jalan je tapi guna robot tolong buat nasi goreng

Berniaga tepi jalan je tapi guna robot tolong buat nasi goreng. Baru-baru ini viral di media sosial Indonesia tentang seorang penjual nasi goreng yang menggunakan alat seakan robot untuk memasak menu di gerainya.

Sebenarnya peniaga yang dikenali sebagai Dastardi ini merupakan golongan kelainan upaya.

Namun, kekurangan itu tidak menghaIangnya untuk menyediakan nasi goreng yang lazat dan digemari pelanggannya.

Kekurangan bukan haIangan

Bagi mengatasi kekurangan itu, Dastardi menghasilkan sejenis mesin yang berfungsi sebagai ‘tangan’ untuk membantunya menggoreng nasi.

Berniaga tepi jalan je tapi guna robot tolong buat nasi goreng

Menurut Tribunnews, penjual itu mula mendapat perhatian netizen setelah videonya memasak menggunakan alatan tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai revan.z22.

Dartadi merupakan pemilik sebuah gerai di Malang, Jawa Timur, Indonesia. Alat yang digunakan olehnya pula difahamkan telah diperbuat daripada sejenis logam yang tidak berkarat.

Alat tersebut akan membantunya mengacau rempah ketika memasak nasi goreng kerana tangan kiri penjual itu sukar digerakkan akibat kemaIangan beberapa tahun lalu.

Apa yang lebih mengagumkan, alat itu telah dibuat sendiri oleh Dartadi. Pemilik video pula berkongsi dengan Tribunnews bahawa dia sering membeli nasi goreng di gerai itu.

Menurut pelanggan di situ juga, rasa nasi goreng itu tak ada bezanya dengan yang dimasak dengan tangan sebab memang sedap.

Rata-rata netizen juga memuji usaha peniaga makanan itu yang tidak menjadikannya kekurangannya sebagai haIangan untuk bekerja seperti orang lain.

@revan.z22 Udah pernah nyoba belom?🤣#kulinermalang #kuliner #nasigorengrobot #fyp ♬ DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy – Kelud Music

BACA:

‘Berapa kali nak tukar ni?’ – Influencer sekejap jadi lelaki, sekejap jadi wanita

Makcik ni suruh edit bagi gerainya nampak ramai, perkara yang jadi lepastu buat rasa nak menangis

Nabil dan Kak Lina nyanyi opera cina depan muka Hazrul buat netizen berdekah, “selamba dia tahan gelak”

CATEGORIES