Berlaku fenomena kilat di kutub utara, ini membimbangkan para saintis

Berlaku fenomena kilat di kutub utara, ini membimbangkan para saintis. Fenomena kilat yang semakin kerap di Kutub Utara dipercayai memberi petanda gangguan iklim dunia mula merubah cuaca global, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Sebuah syarikat pemantau alam sekitar berpangkalan di Finland, Vaisala, melaporkan sebanyak 7,278 kejadian kilat berlaku di Kutub Utara pada 80 darjah latitud, iaitu hampir dua kali ganda daripada gabungan sembilan tahun sebelumnya.

Kilat di Lautan Artik sangat jarang berlaku dan ia menjadi penanda aras buat para saintis mengesan krisis perubahan iklim.

Pakar Meteorologi dan Pengurus Aplikasi Kilat Vaisala, Chris Vagasky berkata, planet yang semakin panas mengecas persekitaran Artik sekali gus menyebabkan banyak kejadian kilat berlaku.

“Kami mendapati bahawa kejadian kilat dan ribut petir kini melarat hingga ke Siberia dan bergerak ke Lautan Artik serta meneruskan pergerakan jauh ke bahagian utara.

“Udara panas dan lembap dari semua benua kini bergerak ke Lautan Artik dan ia berlaku secara berterusan, sekali gus menyebabkan banyak kejadian ribut tercetus di situ,” katanya.

BACA JUGA :

Pemimpin Pas anggap tiada keperluan sidang khas bincang bencana banjir
Banjir kerana balak? Netizen kutip fakta tepi longkang, kata MB Kedah
Nelayan temui kotak terapung di lautan, rupanya dipenuhi ipad dan macbook

Artikel ini disiarkan pada 07/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)