Berkelah tapi tak lengkap vaksin, 8 individu dikompaun

bekelah

Berkelah tapi tak lengkap vaksin, 8 individu dikompaun.Lapan individu belum menerima vaksin lengkap yang asyik berkelah dikenakan kompaun dalam operasi yang dilakukan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Datuk Khaw Kok Chin berkata, pemantauan Operasi Bersepadu SOP PPN Fasa 2 itu memberi tumpuan kepada pemeriksaan ke atas pengunjung.
Selain itu operasi tersebut turut membuat hebahan awam serta makluman mengenai pentingnya pematuhan SOP sepanjang PPN Fasa 2, ujarnya.

Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Datuk Khaw (kanan) ketika memberi nasihat kepada orang awam ketika menyertai Operasi Bersepadu SOP PPN Fasa 2 di Kota Tinggi.

“Lapan individu warganegara telah dikenakan kompaun dibawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Pindaan) 2021 kerana berada di tempat riadah tanpa vaksinasi lengkap.

bekelah

“Manakala empat orang individu warga asing turut ditangkap di atas kesalahan dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan dengan cuai merebakkan penyakit berjangkit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi pemantauan yang dijalankan itu dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon Penawar dan Zon Kota Tinggi yang melibatkan pemantauan persisiran pantai pelancongan di bawah pentadbiran Balai Polis Kuala Sedili, Balai Polis Bandar Penawar dan Balai Polis Bayu Damai.

“Polis Kota Tinggi ingin mengingatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar penularan pandemik Covid-19 dapat diputuskan,” jelasnya.

Operasi Bersepadu turut disertai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Johor, SAC Abdul Aziz Ali dan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, serta dibantu 65 anggota polis.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/03/lapan-individu-dikompaun-berkelah-tanpa-vaksinasi-lengkap/

BACA: 4 ‘hackers’ ditahan berikutan penipuan lebih RM24 juta

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Berkelah tapi tak lengkap vaksin, 8 individu dikompaun […]