Beri Anwar peluang untuk buktikan kemampuan dirinya – Hanipa

Beri Anwar peluang untuk buktikan kemampuan dirinya. Pendapat saya kenapa DSAI adalah calon yang sesuai untuk jadi PM.

1. Sekiranya orang tanya saya siapakah yang layak menjadi PM sekarang ini bagi menggantikan PM tebuk atap, saya tidak akan ragu untuk menjawab DSAI.
Saya yakin itu juga pendirian rasmi PH ( PKR + DAP + Amanah).

2. Jika ditanya lagi, “adakah YB yakin DSAI akan sekurang-kurangnya berjaya membawa Malaysia keluar dari kemelut yang kita semua sedang hadapi sekarang?”
As a muslim, maaf saya hanya boleh jawab insyaAllah- dengan izin Allah-.

3. Di hadapan kita semua sekarang ada 2 senario. Satu YAKIN, satu lagi SYAK @ RAGU.
Yang YAKIN adalah PM tebuk atap telah gagal segagal-gagalnya.

Anwar

Yang SYAK @ RAGU pula adalah adakah jika DSAI dilantik sbg PM, beliau juga akan gagal spt PM Tebuk Atap ?

4. Pada hemat saya, tak masuk akal untuk kita tetap berpegang pada yang memang kita yakin dia itu telah gagal semutlaknya dan bimbang pula kat yang masih berstatus syak atau ragu sama ada beliau akan berjaya atau gagal?

After all, hitherto, we have never given DSAI a chance to prove himself.

Lagipun, jika DSAI yang dilantik sebagai PM, tiada yang ganjil. Ia selaras dengan mandat rakyat yang diberikan kepada PH pada 9/5/2018 melalui pilihan raya.

5. Ada satu “kaedah fiqhiyyah”@ islamic legal maxim ( my favourite subject masa saya belajar ijazah undang-undang ( my first degree ) dan ijazah shari’ah ( my second degree ) yang berbunyi :-

اليقين لا يزول بالشك.

Maksudnya : “yakin itu tidak dibatalkan oleh syak atau keraguan.” @ “certainty should not be invalidated by ambiguity”

6. Sebab tu , bagi orang Islam, jika kita solat ‘asar misalnya, jika kita ragu sama ada kita sudah berada di dalam rakaat kedua atau rakaat ketiga, ulama’ fiqah kata kita kena pilih pendirian yang kita masih lagi dalam rakaat kedua. Mengapa?

Sebab yang yakin kita sudah buat 2 rakaat dan yang syak pula adalah status rakaat ketiga kita-dah buat ke belum?

Ini contoh klasik bagaimana kaedah fiqhiyyah /islamic legal maxim tersebut digunakan?

والله اعلم
Itulah sekadar pendapat saya berdasarkan hujah-hujah saya di atas.

Sumber:

jika Terlepas: Kami nak tutup kilang, tapi keputusan bawah MKN – MB