Berdepan hukuman mati, ini rayuan Yasin agar diberi ikat jamin

Berdepan hukuman mati, ini rayuan Yasin agar diberi ikat jamin.Bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bimbang penyakit gila akan kembali jika dia tidak mendapat perubatan wajar ekoran diserang bipolar kronik.

Kekhuatiran itu dinyatakan beliau ketika merayu kepada Mahkamah Majistret agar membenarkan dia diikat jamin berikutan masalah kesihatan mentalnya yang teruk apatah lagi jika bipolar menyerangnya semula.

“Saya diberi bekalan perubatan (semasa perintah reman) tetapi saya memerlukan ubat tambahan.

Saya bimbang kesihatan saya akan terjejas untuk kali ketiga. Saya takut jadi gila balik,” katanya.

Terdahulu, Yasin, 46 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengusahakan 17 pokok ganja di rumahnya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Selain itu, tiada pengakuan direkodkan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar 214 gram ganja.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini bagi sebutan semula kes.
TONTON :

BACA:

Kerajaan tawar insurans perlindungan RM20,000 kepada rakyat, ini cara mohon

Kantoi..Kilang Pau terkenal penuh dengan najis tikus, lalat dan lipas

Senarai MP kuat ‘ponteng’ dan paling rajin hadir parlimen

CATEGORIES