'Berapa kali nak tukar ni?' - Influencer sekejap jadi lelaki, sekejap jadi wanita

‘Berapa kali nak tukar ni?’ – Influencer sekejap jadi lelaki, sekejap jadi wanita

‘Berapa kali nak tukar ni?’ – Influencer sekejap jadi lelaki, sekejap jadi wanita. Seorang pempengaruh media sosial di United Kingdom yang sebelum ini terkenal kerana mengubah penampilannya kepada wanita Korea kini mengumumkan kembali menjadi lelaki.

Oli London pernah menjadi bualan dunia apabila muncul sebagai wanita transgender Korea, pada Mei lalu.

Berkongsi perkembangan terbaharunya, London berkata, dia kini dalam proses beralih semula kepada seorang lelaki selepas hidup sebagai wanita transgender sejak enam bulan lalu.

“Saya tidak lagi (menjadi) transgender dan sudah kembali hidup sebagai seorang lelaki.

“Saya hargai jika semua orang dapat menggunakan kata ganti nama baharu saya sebagai seorang lelaki. Terima kasih,” katanya di Twitter.

'Berapa kali nak tukar ni?' - Influencer sekejap jadi lelaki, sekejap jadi wanita'Berapa kali nak tukar ni?' - Influencer sekejap jadi lelaki, sekejap jadi wanita

London mengakui kesal dikenali sebagai transgender dan keputusan itu satu kesilapan dalam hidupnya.

“Enam bulan lalu saya menjalani pembedahan pada wajah, kira-kira 11 kali dalam sehari, untuk menjadi wanita.

“Saya menukar struktur tulang saya, membuat sambungan rambut, menukar cara pemakaian dan mula memakai alat solek.

“Saya melakukannya kerana saya fikir ia akan menggembirakan saya. Saya berasa gembira pada masa itu tetapi dalam tempoh muhasabah diri, saya merasakan saya mengejar kebahagiaan tetapi sebaliknya menjadi seorang wanita bukan untuk saya,” katanya kepada saluran berita Amerika Syarikat.

Sebelum ini, London dikritik kerana menjalani pembedahan untuk menyerupai penyanyi BTS, Park Jimin dengan ramai yang melihatnya sebagai contoh kejutan budaya.

Dia sebelum ini dilaporkan membelanjakan sekurang-kurangnya AS$150,000 (RM688,000) untuk membiayai kos pembedahan plastik selama lapan tahun.

Terbaharu, London mencukur rambutnya sepenuhnya yang dilihatnya sebagai permulaan perjalanannya kembali menjadi lelaki.

BACA:

Makcik ni suruh edit bagi gerainya nampak ramai, perkara yang jadi lepastu buat rasa nak menangis

Nabil dan Kak Lina nyanyi opera cina depan muka Hazrul buat netizen berdekah, “selamba dia tahan gelak”

Wanita mengaku letupkan bom di Istanbul

CATEGORIES