Berang anak beli patung babi, ini reaksi orang tuanya

Berang anak beli patung babi, ini reaksi orang tuanya.Perempuan biasanya sangat pantang setiap kali melihat barang comel seperti patung dengan watak kesukaan mereka. Macam yang dikongsikan gadis ini apabila dia telah membeli patung khinzir dengan rekaan yang comel namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.

Memandangkan khinzir adalah haiwan dikategorikan haram bagi mereka yang beragama Islam, ibu kepada gadis ini telah melakukan satu ‘pembedahan’ pada patung tersebut untuk mengubahnya. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir dua juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan pengalaman gembiranya apabila dia menjumpai patung comel itu di kedai. Dia kemudiannya membeli patung khinzir berwarna merah jambu itu dan turut berkongsikan reaksi terujanya.

anak

Namun kegembiraannya tidak berpanjangan apabila si ibu kemudian mula membuang hidung patung tersebut dan menjahitnya semula. Lebih melucukan, patung tersebut akhirnya kelihatan seperti ikan keli gara-gara rupanya yang sudah berubah.

@qissnaa#fyp #indonesia #FeelTheHIITSubwayMY #viral

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Tidak hanya hidung, malah telinga pada patung tersebut juga turut sama dibuang pada akhirnya. Melihatkan pada rupa terbaru patung itu, ianya turut kelihatan sangat berbeza daripada rupa asal patung itu ketika dibelinya dahulu.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat rupa patung itu selepas menjalani ‘pembedahan’ itu. Ada juga yang berseloroh rupa terkini patung itu juga langsung tidak sama dengan yang dibelinya malah mempunyai rupa yang pelik dan disamakan dengan ikan keli.

BACA: Pembunuh bersiri berjaya lepas dari lokap polis, akhirnya mati dicekik penduduk

COMMENTS

Wordpress (0)