Bengang kena patuk ular, lelaki gigit balik ular sampai mati

ular

Bengang kena patuk ular, lelaki gigit balik ular sampai mati.Seorang lelaki berusia 45 tahun berasal dari sebuah kampung terpencil di India bertindak luar jangkaan apabila menggigit seekor ular jenis Krait sehingga mati gara-gara ular berkenaan mematuknya ketika pulang dari bekerja.

Balas dendam dengan gigit ular sampai mati

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kishore Badar menceritakan kisahnya membalas dendam dengan menangkap ular tersebut lalu menggigitnya berulang kali sehingga mati.

Saya rasa macam ada sesuatu kat kaki saya ketika saya pulang rumah dengan berjalan kaki. Saya menghidupkan lampu dan mendapati ia adalah ular Krait yang berbisa.

Untuk membalas dendam, saya mengambil ular itu dengan tangan dan menggigitnya berulang kali sehingga mati di tempat kejadian.

ular

Setelah itu, Badar pulang ke kampung halamannya dengan membawa bangkai ular yang telah digigitnya itu lalu menceritakan pengalamannya kepada isterinya.

Enggan pergi ke hospital

Penduduk kampung yang mendengar kisahnya dipatuk ular itu menasihatinya agar pergi ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya di hospital berdekatan.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan didakwa enggan pergi ke hospital dan lebih memilih untuk bertemu seorang pengamal perubatan tradisional bagi mendapatkan rawatan.

Ujarnya lagi, dia tidak merasa sebarang kesakitan meskipun telah dipatuk oleh ular yang berbisa.

Walaupun saya digigit ular Krait yang berbisa, saya tak rasa apa-apa. Saya pergi ke pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan rawatan dan telah sembuh.

Berita Penuh : https://ohbulan.com/tak-puas-hati-kena-patuk-ular-lelaki-tangkap-gigit-balik-ular-sampai-mati

BACA: Calon PM pilihan BN adalah yang bersih – Zahidi

COMMENTS

Wordpress (0)