Bencana kepala air di Kedah : 3 berjaya diselamatkan, 1 masih hilang

Tiga lelaki selamat manakala seorang lagi masih gagal dikesan selepas terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air di atas Gunung Jerai di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, seorang daripada mereka cedera di bahu dan sudah dihantar ke hospital menggunakan khidmat EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Bencana kepala air di Kedah

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.38 petang.

Beliau berkata, semua mereka yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an adalah pekerja sebuah resort di puncak gunung berkenaan.

Kereta dinaiki mangsa yang dilanda kepala air. - Kredit/ Media sosial

Kereta dinaiki mangsa yang dilanda kepala air. – Kredit/ Media sosial

Bencana kepala air landa kaki Gunung Jerai, turut akibatkan banjir di kawasan sekitar

“Setakat ini hanya seorang mangsa yang gagal dihubungi dan dipercayai masih hilang dikenali sebagai Mohamad Syahruzi Muhamad, 40-an.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang dilakukan membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan kita sedang menunggu Unit STORM dan PPDA untuk bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, semua mangsa sedang menaiki sebuah kereta menuju ke puncak gunung itu sebelum kenderaan itu dilanda kepala air yang turut membawa lumpur dan pokok-pokok tumbang.

Seorang mangsa terselamat selepas kereta dinaikinya dilanda kepala air. - Kredit/ Media sosial

Seorang mangsa terselamat selepas kereta dinaikinya dilanda kepala air. – Kredit/ Media sosial

Katanya, operasi itu turut disertai anggota polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Terdahulu, lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air berkenaan kira-kira jam 3 petang tadi.

Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang tinggal di kawasan itu, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bencana-3-diselamatkan-1-masih-hilang-akibat-kepala-air-di-gunung-jerai-314805

BACA JUGA : [Video] Mengejutkan !!! Kepala air landa kaki Gunung Jerai

Artikel ini disiarkan pada 18/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)