Benarkah Tun M mungkir janji peralihan jawatan PM sebelum ini? Suatu pencerahan…

Ramai yang bercerita dan membuat persepsi seolah-olah Tun M tidak mahu menyerahkan kerusi PM kepada Anwar dan memungkiri janji. Namun hakikatnya kesukaran yang dihadapi adalah sokongan kepada DS Anwar Ibrahim adalah terlalu kurang.

Ditambah dengan pengkhianatan senyap dari dalam partinya sendiri. Tun M yang menghidu perkara ini perlukan satu tempoh masa agar Anwar Ibrahim kembali mendapat sokongan yang secukupnya.

Jika Tun M menyerahkan kepimpinan kepada Anwar, pihak yang merancang “Langkah Sheraton” akan tetap melancarkan langkah tersebut dan Anwar tetap tidak dapat mengambil alih tampuk kepimpinan negara sebagai PM.

Justeru Anwar sendiri sedar hakikat ini, lantas bersetuju untuk mengekalkan Tun M sebagai PM sehingga satu tempoh yang Tun rasakan sesuai untuk menyerahkannya kepada Anwar seperti yang telah dijanjikan.

Tun M yang menghadapi tekanan dalaman partinya sendiri pada waktu itu telahpun cuba meyakinkan para “pengkhianat” agar tidak meneruskan hasrat mereka kerana Anwar sendiri telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Tun M menentukan tarikh penyerahan kuasa.

Namun apa yang mungkin Tun M kurang sedari, gerakan itu sudah jauh melangkaui tujuan mengekang kemaraan Anwar sebaliknya bertukar menjadi gerakan peribadi seseorang untuk menaikkan dirinya sebagai PM. Itu yang menyebabkan Tun M kesal dan merasa marah sehingga sekarang.

Bagi kelompok yang menyerang Tun M kononnya Tun M mungkir janji, hakikatnya tiada sebarang janji yang dimungkiri setakat ini. Sebalinya apa yang berlaku adalah siri pengkhianatan yang akhirnya Tun M sendiri terperangkap dengan sikap tamak haloba ahli partinya sendiri dan sebahagian PKR yang anti Anwar.

Tinta Kebenaran