Bella Astillah bagi nasihat paling ‘deep’ mengenai rumahtangga, ramai yang sokong

Bella Astillah bagi nasihat paling 'deep' mengenai rumahtangga, ramai yang sokong

Bella Astillah bagi nasihat paling ‘deep’ mengenai rumahtangga, ramai yang sokong. Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memberi peringatan dalam perhubungan pandanglah pada karakter pasangan bukan kerana rupanya.

Bella yang juga isteri kepada penyanyi terkenal, Aliff Aziz, memuat naik perkongsian itu di laman akaun Instagram miliknya.

“Anda mungkin jatuh cinta dengan seseorang kerana kecantikannya. Tapi ingatlah, pada akhirnya juga anda akan hidup bersama karakternya, bukan kecantikkannya,” tulis Bella.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kapsyen tersebut.

“Cantiknya ayat-ayat. Sangat tepat dan inilah aura positif!,” komen seorang pengguna IG.

Bella Astillah bagi nasihat paling 'deep' mengenai rumahtangga, ramai yang sokong

Sebagai informasi, Bella dan Aliff pernah berdepan konflik rumah tangga. Namun berkat kesabaran, akhirnya perkahwinan mereka berjaya diselamatkan.

Pasangan itu berkahwin pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Dalam perkembangan terbaharu, Bella kini menjalani penggambaran drama bersiri Aku Tanpa Cinta Mu arahan sutradara dan pelakon, Zamarul Hisham.

BACA:

Mata netizen jadi tak keruan tengok penampilan seksi melampau Scha Elinnea

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)