Beli 200 Land Rovers Defenders 8 tahun lalu, lelaki jual semula harga RM1.16 Juta sebuah- “Genius betul!”

Beli 200 Land Rovers Defenders 8 tahun lalu, lelaki jual semula harga RM1.16 Juta sebuah- “Genius betul!”. Seorang lelaki yang membeli lebih dari 200 buah Land Rover Defenders beberapa tahun lepas kini bakal meraih keuntungan berganda apabila ada pihak yang sanggup membayar hingga ratusan ribu pound hanya untuk memiliki salah sebuah daripada Land Rover tersebut.

Pemilik koleksi berkenaan, Charles Fawcett merupakan pengasas dan pemilik Twisted, sebuah syarikat British yang menjual Land Rover Defenders yang diubah suai kepada pelanggannya.

Beliau membeli kenderaan jenis pacuan empat roda tersebut dalam kuantiti yang banyak selepas produksi model berkenaan ditamatkan pada 2015. Kini terdapat pembeli yang dilaporkan sanggup membayar hampir £220,000 (RM 1.16 juta) bagi memiliki salah sebuah koleksi tersebut.

Pandai buat untung, lelaki beli 200 buah Land Rovers Defenders 8 tahun lepas, kini dijual semula harga bernilai RM1.16 juta sebuah

 Beli 200 Land Rovers Defenders 8 tahun lalu, lelaki jual semula harga RM1.16 Juta sebuah- "Genius betul!"
Lebih menarik, semua 200 Land Rover Defenders yang dimilikinya memiliki jarak perbatuan kurang daripada 30 batu, menjadikan ia seolah-olah kenderaan yang baru sahaja keluar dari kilang.

Setakat ini, Charles sudah pun mengubah suai sebanyak 16 buah kenderaan tersebut yang sedia untuk dijual pada bila-bila masa. Kesemua 16 buah kenderaan yang sudah diubahsuai itu tersebut merupakan varian XS Spec, iaitu varian paling tinggi Land Rover Defenders.

Baca Artikel Penuh