Beli 1 percuma 1, Starbucks buat promosi hari ini je! Jom beratur beramai-ramai
Bagi peminat Starbucks, ini saatnya untuk anda ke Starbucks terdekat anda untuk nikmati kopi bersama rakan atau keluarga anda.
Starbucks Malaysia kini kembalikan promosi hebat ‘beli 1 percuma 1’ untuk peminat setia jenama tersebut hari ini, 11 Julai 2023 sepanjang hari.
Promosi ini hanya boleh ditebus apabila anda membuat pembayaran menggunakan kad Starbucks ataupun dengan aplikasi Starbucks Mobile.
Lihat siaran ini di Instagram
Anda hanya perlu memilih dan membeli mana-mana minuman handcrafted dalam menu dan anda boleh tebus satu lagi minuman yang harga kurang daripada minuman dipilih.
Adalah diingatkan bahawa promosi ini tidak sah untuk menebus mana-mana baucar atau promosi yang lain. Promosi ini tersedia di kesemua cawangan Starbucks Malaysia kecuali di Sunway Lagoon.