Bekas pegawai Khalid saman dua individu menyamar dirinya hingga akibatkan kerugian

Bekas

Bekas pegawai Khalid saman dua individu menyamar dirinya hingga akibatkan kerugian.Bekas Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Haji Azli Yusof memfailkan saman kepada seorang datuk dan isterinya kerana mencemarkan nama beliau sehingga disiasat oleh polis atas dakwaan salahguna kuasa.

Menurut peguam Azli, Norazmir Zakaria (GAMBAR), saman Azli terhadap kedua-dua orang itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 September 2021 lepas.

“Pengurusan kes ini telah ditetapkan oleh oleh pihak mahkamah pada 27 Oktober ini,” kata Norazmir kepada Malaysia Dateline.

Dalam saman itu, Azli menamakan Mokhtar Haron dan isterinya Noorizan Abd Shukor sebagai defendan kes ini.

Menurut penyataan tuntutan yang dibuat oleh Azli terhadap para defendan ini, kedua-dua mereka telah membeli dua nombor telefon dan menjadi nombor telefon itu seolah-olah milik Azli.

Bekas

Dengan menggunakan komunikasi yang direka oleh kedua-duanya, mereka telah menipu seorang arkitek kononnya DBKL yang terletak di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan telah meluluskan projek yang diuruskan oleh arkitek berkenaan.

Ini telah menyebabkan arkitek ini kerugian berjuta-juta ringgit kerana membayar mereka berdua hasil penipuan itu.

Arkitek ini telah membuat laporan polis selepas sedar beliau telah ditipu oleh kedua-dua mereka.

Akibatnya, Azli telah ditahan oleh polis dan terpaksa tinggal beberapa malam di lokap polis kerana penipuan ini.

Polis juga telah menggeledah rumah Azli dan merampas sejumlah wang tunai di rumah Azli semasa penggeledahan dibuat.

Menurut peguam Norazmir, Azli telah menyaman polis bagi menuntut fakta-fakta kes ini untuk membolehkan Azli menyaman kedua-dua datuk dan datin ini.

“Kita telah berjaya mendapatkan segala fakta kes yang disiasat oleh polis dan sekarang kita menyaman kedua-dua mereka,” kata Norazmir.

Dalam penyata tuntutan yang dibuat Azli, beliau meminta mahkamah membuat satu deklarasi bahawa nombor telefon yang digunakan oleh kedua-dua defendan untuk menipu arkitek berkenaan bukan nombor yang dimiliki Azli.

Kedua-dua defendan dituntut memberikan gantirugi kepada Azli ekoran tindakan mereka sehingga beliau ditahan oleh polis dan merengkok dalam lokap beberapa malam, rumah beliau digeledah, bank akaun beliau dibeku sementara sebelum ini dan sejumlah wang tunai dirampas dari rumah beliau.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/bekas-setpol-khalid-saman-datuk-datin-yang-menipu-hingga-beliau-ditahan-polis/

BACA: Pengguna kecoh : Facebook, Instagram, Whatsapp alami gangguan hampir 6 jam

COMMENTS

Wordpress (0)