“Bekas isteri gunakan anak demi duit ‘free’, bila lambat bayar nafkah, terus keluar segala hukum, dia tak bagi saya jumpa anak, tak tahu hukum ke?”

Terima kasih sebab post kisah saya nak luah ni. Kurang pasti samada kisah ni akan dapat banyak positif feedback atau negatif feedback.

Rasanya tak ramai yang menghadapi masalah macam ni, tapi saya luah jugak sebab dah penat.

Saya tinggal di negeri bawah bayu. Saya penat dah nak layan drama bekas isteri saya.

"Bekas isteri gunakan anak demi duit 'free', bila lambat bayar nafkah, terus keluar segala hukum, dia tak bagi saya jumpa anak, tak tahu hukum ke?"

Saya sudah bercerai dengan dia nak masuk 5 tahun. Tapi dia macam belum boleh terima kenyataan yang kami sudah berpisah. Dia macam masih mau perhatian dari saya.

Dulu kami ada ambil anak angkat perempuan. Anak angkat sahaja, bukan anak susuan. Kami jaga dari baby. Setelah bercerai, dia dapat hak jagaan. Saya okay saja dia jaga. Saya pun bekerja nanti tidak ada yang mahu tengok anak angkat saya sebab saya sudah tiada ibu ayah.

Baca Artikel Penuh