Batal Bazar Ramadan saat akhir : Rakyat Kelantan berang, ahli Pas zahir kesyukuran

Batal Bazar Ramadan saat akhir : Rakyat Kelantan berang, ahli Pas zahir kesyukuran

Dikala orang ramai marah pada kerajaan Kelantan tentang penutupan bazar Ramadan , seorang ahli Pas tetap bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.

” Alhamdulillah ana sebagai ahli PAS bersyukur dengan keputusan ini..moga rakyat Kelantan akur dengan keputusan yang dibuat oleh alim ulama ini dan terima dengan hati yang terbuka ” ujarnya

Seorang peniaga berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan tergesa-gesa Exco Kelantan yang telah membatalkan aktiviti Bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Beliau yang dikenali sebagai MrZack Muscar menyifatkan tindakan Exco Exco Kesihatan Dr Izani Husin itu tidak berfikir panjang terhadap keputusan itu yang dibuat dua hari sebelum puasa.

Jika keputusan pembatalan itu dibuat dua minggu awal, baginya ia mungkin boleh diterima para peniaga.

“Dia tak apalah dapat gaji beribu-ribu sebulan. Tak reti fikirkan rakyat, dah habis duit buat modal untuk jual di bazar,” katanya.

Luahan peniaga yang sudah mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit untuk berniaga di Bazar Ramadan kali ini
Beliau turut memberitahu sudah mengeluarkan modal RM5,000 untuk berniaga pada Ramadan kali ini.

“Awak nak bayar balik ke? Cuba berfikirlah. Sudahlah bagitahu dua hari sebelum puasa,”luahnya yang kini sudah menjadi tular.

Bagi Muscar, Izani tidak layak menjadi Exco kerana tidak memikirkan soal keperitan hidup rakyat ketika ini.

“Kawe (saya) tidak halal sampai ke mati, modal kawe hangus sebab demo (awak) umum ‘last minute’…ingat deh.

“Kawe makan sekali sehari nak kumpul duit buat modal bazar, demo tak fikir benda tu. Demo gaji beribu-ribu makan sedap-sedap,” katanya dalam loghat Kelantan.

Beliau juga mengingatkan bahawa Allah itu Maha Adil dan mereka yang menganiaya orang lain akan terima balasannya nanti.

“Doa orang teraniaya In Sha Allah… Allah akan makbulkan,” ujarnya.

Keputusan tergesa-gesa Kerajaan Negeri Kelantan membatalkan Bazar Ramadan dan Aidilfitri membuat ramai peniaga yang terdiri daripada B40 berang dan tidak berpuas hati.

Apatah lagi keputusan itu dibuat dua hari sebelum Ramadan menyebabkan ramai kerugian ribuan ringgit bagi mengeluarkan modal untuk berniaga sepanjang Ramadan ini.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/kawe-tok-halal-sampai-ke-mati-modal-kawe-hangus/