Basant Khaled : Kisah tragis buli siber

Basant Khaled kisah tragis buli siber, Beliau baru berumur 17 tahun. Seorang gadis desa yang dibesarkan dalam keluarga dan masyarakat yang konservatif di Mesir.

Seorang remaja lelaki yang mengenalinya cuba memikatnya dan mengajak beliau keluar bersiar-siar bersamanya. Basant menolak ajakan tersebut. Remaja lelaki tersebut marah dan dendam padanya. Ini kisah biasa di kalangan ramai remaja yang lain di seluruh dunia. Tetapi tidak buat gadis manis bernama Basant ini. Pengakhiran kisah ini cukup tragis.

Remaja lelaki tadi berpakat dengan seorang rakannya untuk membalas dendam terhadap Basant. Mereka berjaya menghasilkan gambar palsu (photoshopped) Basant dalam keadaan yang tidak senonoh dan menyebarkannya melalui media sosial.

Malang buat Basant. Kebanyakan anggota keluarga dan masyarakat sekelilingnya yang kurang terdedah dengan teknologi ‘imaging’ percaya bahawa gambar itu adalah betul. Basant menjadi sasaran kecaman dan cercaan anggota keluarga dan masyarakat sekitarnya. Media sosial menggandakan kesan buruk itu ke atasnya. Beliau menjadi mangsa buli siber yang dahsyat.

Beliau sangat sedih, tertekan dan malu lalu bertindak nekad membunuh diri dengan menelan racun.

Basant Khaled : Kisah tragis buli siber

Dalam nota terakhir kepada ibunya sebelum membunuh diri beliau menulis:

Basant Khaled : Kisah tragis buli siber

“Emak! Percayalah pada saya. Wanita dalam gambar itu bukan saya. Gambar-gambar ini telah di ‘photoshopped’. Saya bersumpah! Saya masih muda emak. Ini tidak sepatutnya dilakukan pada saya. Saya menderita kemurungan. Saya lemas. Saya penat sangat. Ianya bukan saya. Emak telah mengajar saya menjadi orang baik”

Kematian Basant yang sangat tragis ini telah memberi kesedaran tentang bahayanya perbuatan buli siber, terutamanya yang melibatkan maruah seseorang. Betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar bagi menyedarkan manusia akan suatu kejahilan dan kejahatan. Basant telah membayar dengan nyawanya.

Sikap konservatif itu tidak semestinya buruk. Tetapi kejahilan yang berluasa di dalam masyarakat yang bersikap konservatif boleh membawa natijah yang sangat buruk.

Pihak berkuasa Mesir telah menahan dan mendakwa remaja lelaki dan rakannya yang melakukan perlakuan buruk tersebut. Tetapi, selain mereka berdua, saya turut menyalahkan ibubapa, anggota keluarga, dan masyarakat sekitar yang membenarkan kisah tragis ini berlaku.

Seharusnya ibubapa dan keluarganya melindungi gadis itu ketika beliau berhadapan dengan tekanan yang sebegitu rupa. Malangnya itu tidak berlaku. Mereka juga malah menambah masalah dan tekanan yang dihadapi oleh mangsa perbuatan jahat tersebut.

Kadang-kadang kononnya atas nama maruah, manusia boleh jadi hilang pertimbangan dan sifat kemanusiaan. Ya … nama baik dan maruah keluarga sangat penting dan wajib dipelihara.

Tetapi tidaklah sampai ia menjadi lebih penting dari nyawa gadis itu. Apatah lagi kalau ianya cuma merupakan fitnah jahat para pendusta.

Baca Juga : Kisah luar biasa kucing ini yang selalu bantu pelancong tersesat di kawasan pergunungan
Ini kisah sebenar ‘Abang Viva’, kereta pinjam dan enjin bot kawan punya
Dr Mahathir dedah kisah pencuri Melayu Islam

Artikel ini disiarkan pada 07/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)