Baru usia 21 tahun, As'ad Motawh dah miliki 2 Banglo

Baru usia 21 tahun, As’ad Motawh dah miliki 2 Banglo

Baru usia 21 tahun, As’ad Motawh dah miliki 2 Banglo. Siapa saja yang tidak mahu berjaya dan hidup dalam kesenangan. Sedari kecil kita semua telah menetapkan misi untuk mempunyai pekerjaan yang memberi pulangan gaji berbaloi, mempunyai kediaman yang selesa dan macam-macam lagi impian hidup.

Beberapa selebriti tanah air sebelum ini tidak lokek berkongsi kejayaan masing-masing ketika memiliki aset kediaman baharu seperti Naim Daniel, Masya Masyitah, Daiyan Trisha dan ramai lagi yang pernah dilaporkan REMAJA. Kini seorang lagi selebriti membuka kisah kejayaan memiliki bukan satu tapi DUA buah kediaman jenis banglo! TAHNIAH buat As’ad Motawh.

Jujurnya, lama kita tidak mendengar kisah As’ad Motawh sebagai seorang penyanyi. Pernah dahulu tular kerana single sulungnya yang catchy, insiden dipeluk peminat Indonesia sewaktu persembahannya dan mungkin juga perubahan bentuk badannya yang semakin ‘sado’.

Begitupun, perjalanannya sebagai seorang anak seni kini tidaklah serancak semasa debut-nya dahulu. Justeru, tidak hairanlah apabila ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kejayaan As’ad mengumpul aset sepantas ini.

Ketika ditemui rakan media di sebuah acara. penyanyi itu mendedahkan dia kini telah memiliki tiga perniagaan berbeza yang boleh menjamin pendapatan lumayan pada setiap bulan.

Baru usia 21 tahun, As'ad Motawh dah miliki 2 Banglo

“Mungkin ramai tak tahu saya ada tiga perniagaan iaitu perkhidmatan cuci kereta, membuat landskap dan sedang mengusahakan syarikat produksi Motawh Production yang baru beroperasi sembilan bulan lalu.

“ANGKA PENDAPATAN SAYA TAK MAHU SEBUT, GOOGLE SAJA SENDIRI.”

“(Menerusi syarikat produksi tersebut) Saya ada pejabat dan pasukan sendiri yang terdiri daripada lapan kakitangan. Kami banyak buat kerja belakang tabir seperti iklan, muzik video dan sebagainya. Kami juga berjaya mendapatkan pelanggan jenama-jenama besar,” ujarnya.

As’ad turut berkata kediaman pertama telahpun dimiliki ketika berusia 19 tahun. Namun, jarang sekali As’ad memuat naik kandungan yang menunjukkan aset-aset tersebut di media sosial kerana dia merasakan bahawa, “Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain.”

Lagipun, penyanyi yang mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram ini juga enggan orang di sekeliling menuduhnya dengan macam-macam tohmahan sekiranya galak menayang segala aset. Selain dua buah banglo itu, As’ad juga khabarnya sudah mempunyai suite peribadi dan sebuah kereta mewah.

BACA:

Jurulatih kena penjara 109 tahun selepas rogol empat atlet

“Takpe kot ludah atas pentas, janji tak pukul isteri”, netizen perli Awie semula

MYAirline kini beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah

CATEGORIES