Baru kenal 2 minggu, tapi mesej bukan main, kalah orang bercinta akhirnya kantoi dengan isterinya

Oleh NADIA HARON

Kadang-kadang mereka yang curang ini niat pada mulanya hanya suka-suka tapi bila kantoi dengan pasangan mula nak gelabah.

Bila kantoi tambah dengan rakan sekerja mesti suasana di tempat kerja terus berubah apatah ada geng yang sokong perbuatan curang.

Seorang wanita tak menyangka suami yang sentiasa bersamanya selama ini berlaku curang dengan rakan sekerja yang pada ketika itu dalam proses bercerai.

Aku sudah berkahwin selama enam tahun dan punya dua orang anak. Aku salah seorang wanita malang yang suamiku telah curang denganku.

Aku dapat hidu perbuatan suamiku pada bulan puasa yang lalu. Dia curang dengan rakan sekerja (janda dalam proses bercerai) ku gelarkan J.

Baru kenal 2 minggu, tapi mesej bukan main, kalah orang bercinta akhirnya kantoi dengan isterinya

Pada malam tersebut, dia ingin keluar selepas buka puasa katanya dengan rakan-rakan sekerja. Jadi aku izinkan saja.

Suami aku ni bukan jenis yang berkawan dan lepak dengan kawan-kawan di luar. Hidupnya 100 peratus hanya bersama aku.

Tapi sejak hari itu dia minta izin untuk berbuka di luar jadi aku izinkan tapi tingkah laku dia amat mencurigakan.

Selepas saja jamah air dan makanan sedikit di rumah selepas azan, dia rushing mandi dan siap-siap nak keluar.

Sehinggakan dia tinggal anak-anak begitu saja sedangkan aku masih belum siap mandi. Selang beberapa hari dia keluar lagi dan pulang lewat dalam jam 11 malam.

Aku yang sudah tidak sedap hati telah curi-curi melihat telefon dan whatsapp dia. Ternyata memang benar sangkaan, ada mesej macam pasangan bercinta.

Yang aku luluh kami baru saja menyambut hari jadiku kelmarin dan dia ada mesej J ketika dia dengan aku.

Aku terus soal dia malam sama juga, suami mengaku baru berhubungan selama dua minggu.

Jadi semalaman kami hanya menangis sehingga ke subuh. Aku telah memaafkan suamiku. Namun sejak itu, aku dapat tahu melalui whatsapp yang mereka masih berhubung.

Selepas ditipu beberapa kali aku masih lagi memaafkan dia. Perkara ini berlanjutan sehingga selepas raya.

Dalam tempoh itu hubungan kami kejap ok kejap tak ok. Beberapa kali juga aku gertak untuk minta cerai dan halau dia keluar dari rumah.

Dia masih lagi berhubung dengan J itu dengan alasan rakan sekerja malah memaksa aku untuk menerima J sebagai rakanku. Aku menolak dengan keras permintaan itu.

Sehinggalah pada suatu hari, mungkin antara doa-doa aku Tuhan makbulkan, si J berada bersama bekas suami J, aku gelar B.

Namun pada masa sama si J telah menghantar pesanan pada suamiku. Suamiku membaca mesej itu lalu terus telefon. Nampaknya panggilan telefon itu telah kantoi dengan B.

Tapi yang tak sedapnya B ugut aku untuk tidur dengannya, dia juga nak tumbuk muka suami aku hingga akhirnya kami membuat laporan polis.

Selepas saat itu perasaan suami dekat J dah berubah tapi si J masih tak diam konon suami aku yang tergilakan dia sampai susah suami aku nak bekerja.

Hubungan aku dengan suami semakin baik kerana kami mengambil hikmah disebalik kejadian ini.

Kami anggap ujian untuk menyedarkan hubungan kami yang agak renggang sebelum ini. Cuma ada masa pasti terimbau segala mesej dan kata-kata sinis B.

Baca juga: ‘Atas dunia dah kena azab kubur’ Tular video dakwa tanah perkuburan Tentera Israel berasap