“Baru kaya sikit dah berlagak semenjak join MLM, bila aku nasihat dia dah kena tipu dia melenting, sudahnya aku biar je dia kena tipu, rasakan!”

Salam semua.. Aku Lili dan aku ada sorang kawan bernama Nana, bukan nama sebenar. Aku tak pandai nak bercerita sangat,

Tapi disebabkan tadi aku tertengok fb “Sahabat” aku tu, aku jadi teringat kisah awal – awal kami masuk kerja dulu.

Untuk pengetahuan, kami kerja government tapi bukan ni yang aku nak highlight kan, sebab cerita aku ni berkaitan, jadi aku kena bagitau.

"Baru kaya sikit dah berlagak semenjak join MLM, bila aku nasihat dia dah kena tipu dia melenting, sudahnya aku biar je dia kena tipu, rasakan!"

Aku pendekkan cerita. Habis je sebulan orientasi kami dapat rumah kuarters, biasa 1 rumah ada 3 atau 4 orang macam tu. Dalam rumah aku ada 3 orang semuanya, aku, Yaya dengan Lala.

Aku dengan Nana mula berkawan rapat sejak dia datang kat rumah aku, minta nak duduk sekali dengan aku alasannya budak serumah dia tak suka dia, dorang macam pulau dia, yela budak rumah dia semua orang Johor dia sorang orang luar.

Baca Artikel Penuh