Barangan pesakit hilang, Hospital Ampang mulakan siasatan

Barangan pesakit hilang, Hospital Ampang mulakan siasatan. Hospital Ampang sedang menyiasat dakwaan barang peribadi pesakit yang dikatakan hilang semasa menerima rawatan.

Pengarah Hospital Ampang, Dr Kasuadi Hussin berkata, pihaknya mengambil berat tentang dakwaan itu dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan secepat mungkin.

“Hospital Ampang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.

 pesakit

Segala kesulitan yang timbul berhubung perkara ini amatlah dikesali,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam berhubung kehilangan barang peribadi pesakit di wad hospital terbabit.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/22/hospital-ampang-siasat-dakwaan-barang-peribadi-pesakit-hilang/

Jika Terlepas: Ebit Lew : Segala tohmahan akan dijawab 12 tengahari ini