Bapa Shuib umum masuk PAS

Bapa Shuib umum masuk PAS. Tertarik dengan kesepakatan dan semangat bantu membantu ahli PAS sewaktu menyampaikan bantuan banjir dan COVID-19, membuatkan bapa pelawak Shuib Sepahtu, tekad meninggalkan UMNO dan menyertai PAS, malam tadi.

Mohamad Arsyad, 65, yang sebelum ini ahli UMNO sejak lebih 20 tahun lalu, tampil menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad pada program Ceramah Umum Bersama Calon PN P058 yang diadakan di Tapak Pasar Awam Pekan Alor Pongsu.

Mohamad berkata hasrat untuk menyertai PAS dan Perikatan Nasional (PN) telah lama dipendamkan setelah melihat hubungan erat dan saling bantu membantu yang terjalin dikalangan ahli Pas kawasannya sewaktu mengurus dan mengagihkan bantuan bencana dan COVID-19 kepada penduduk yang terkesan.

“‘Semangat dan keakraban yang ada dalam Pas berbeza dari parti asal saya. Melihat hubungan ukhuwah yang terjalin dikalangan ahli PAS, saya rasa macam ada aura tersendiri yang mengajak menyertai mereka.

“Penghijrahan saya ikhlas dan tiada paksaan, malah saya tak minta sebarang jawatan atau sebagainya.

Bapa Shuib umum masuk PAS

“Saya telah bincangkan dengan ahli keluarga malah Shuib juga tak menghalang keputusan saya ini,” katanya ditemui media selepas menyerahkan borang keahlian PAS kepada Idris.

Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang juga mantan Ahli Parlimen Bagan Serai.

Mohamad berkata dia yang juga Setiausaha UMNO Cawangan Parit Haji Ali sejak 10 tahun lalu akan melepaskan jawatan itu serta merta dan akan memaklumkan kepada kepimpinan UMNO Bagan Serai dalam masa terdekat.

BACA:

PRU15: Pimpinan PAS seru ahli sokong BN

Dakwaan fitnah, Mujahid mulakan tindakan saman PAS

Armada Bersatu ugut boikot pilihanraya jika kerusi Jasin diberi kepada PAS