Bantuan sehingga RM1,500 untuk anak-anak keluarga Malaysia

Bantuan sehingga RM1,500 untuk anak-anak keluarga Malaysia

Bantuan sehingga RM1,500 untuk anak-anak keluarga Malaysia. Kerajaan melalui Yayasan Keluarga Malaysia akan membantu anak-anak yang tidak dibela di Malaysia. Program ini khusus untuk membela naik anak Keluarga Malaysia yang tidak berkemampuan. Berikut merupakan butiran lanjut :-

Apakah itu Yayasan Keluarga Malaysia?

  • Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) adalah sebuah institusi bukan bersifat keuntungan yang ditubuhkan khusus untuk membantu dan menyokong anak-anak Keluarga Malaysia yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga yang berdaftar atau kedua-duanya akibat pandemik COVID-19, kemalangan atau lain-lain bencana alam seumpamanya dalam aspek kebajikan dan pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun
  • Dalam keadaan tertentu, YKM juga akan mempertimbangkan untuk memberi bantuan kebajikan dan pendidikan sehingga ke peringkat pengajian tertiari /kemahiran tinggi

Bantuan sehingga RM1,500 untuk anak-anak keluarga Malaysia

Siapakah layak untuk memohon Yayasan Keluarga Malaysia?

Bantuan sehingga RM1,500 untuk anak-anak keluarga Malaysia

  • Kanak-kanak / remaja yang berusia 18 tahun dan ke bawah yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga yang berdaftar atau kedua-duanya;
  • Warganegara yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja;
  • Kanak-kanak yang bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952;
  • Dalam kes-kes tertentu, pemohon yang berumur 18 tahun ke atas dan diterima masuk ke mana-mana IPT yang diiktiraf Kerajaan; dan
  • Tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pemegang Amanah mengikut kesesuaian

 

Bagaimanakah untuk memohon Yayasan Keluarga Malaysia?

  • Permohonan boleh dilakukan secara manual atau secara atas talian melalui borang yang disediakan di laman sesawang rasmi Keluarga Malaysia.
  • Pemohon mesti melengkapkan borang yang dinyatakan dengan mengemukakan bukti-bukti yang diperlukan seperti:
    i.Salinan sijil lahir kanak-kanak yang terlibat;
    ii.Salinan sijil kematian ibu/bapa atau penjaga yang berdaftar atau kedua-duanya;
    iii.Salinan MyKid atau MyKad;
    iv.Salinan Kad Orang Kurang Upaya (jika berkaitan);
    v.Salinan surat pengesahan penjaga; dan
    vi.Perintah mahkamah untuk hak penjagaan anak.
  • Setiap permohonan yang didaftar akan diproses untuk kelayakan
  • Dari masa ke semasa, YKM juga akan mengambil inisiatif sendiri untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang layak berdasarkan maklumat yang diterima daripada kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) / Kementerian Pendidikan (MOE) serta Kementerian Kesihatan (MOH) sekiranya tiada pertindihan bantuan kewangan

BACA:

Nur Diana Petra Abdullah ditabal Sultanah Kelantan yang baru

‘Ni bilik sewa ke liang lahad?’, netizen persoal bilik sewa di KL harga RM300

CEO Batu dikecam selamba ‘ejek’ orang Jepun ketika makan shushi

CATEGORIES