Bantuan khas untuk warga emas tahun 2022, mohon sekarang

Bantuan khas untuk warga emas tahun 2022, mohon sekarang

Bantuan khas untuk warga emas tahun 2022, mohon sekarang. Apakah itu BWE?

  • Kadar bayaran Bantuan Warga Emas (BWE): RM500 sebulan seorang
  • BWE bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Siapakah yang layak untuk memohon BWE?

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;

Bantuan khas untuk warga emas tahun 2022, mohon sekarang

  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    i. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    ii. PGK purata miskin per kapita semasa;
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    i. Institusi kendalian JKM; atau
    ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Bagaimanakah cara untuk memohon BWE?

  • Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    i. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    ii. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    iii.Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    iv. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    i. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    ii. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

BACA:

Kerja kutip sampah je, lelaki dari Malaysia raih RM10,000 sebulan di Singapura

Tiket Final Piala FA dijual serendah RM50, seat ada 78,000

Netizen hina kerja Pak Guard, sekali pemuda ni tunjuk ‘sesuatu’ buat semua terkejut

CATEGORIES