Bantuan Khas RM600 dibuka untuk permohonan

Bantuan Khas RM600 dibuka untuk permohonan. erdapat pelbagai jenis bantuan kerajaan yang disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan para pekerja.

Salah satu bantuan yang disalurkan adalah melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh adalah bantuan tahunan yang diberikan oleh pihak RISDA untuk meringankan beban para pekebun yang ketiadaan sumber pendapatan akibat musim tengkujuh yang melanda.

Pemberian bantuan ini selalunya akan disalurkan melalui 2 Fasa sama juga seperti pembayaran BMT 2021 lepas.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah keseluruhan bantuan adalah berjumlah RM 600. Walau bagaimanapun, pembayaran akan melalui 2 Fasa.

Oleh itu, penerima yang layak akan menerima bantuan RM 300 untuk setiap fasa pembayaran.


TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bantuan khas sempena musim tengkujuh ini sudah dibuka bermula 5 Mei sehingga 15 September 2022 nanti.

Pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh amat digalakkan untuk membuat permohonan secepat mungkin agar pembayaran dilaksanakan dengan lebih awal.

CARA PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini boleh dilaksanakan melalui laman web rasmi RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan permohonan seperti
Salinan Kad Pengenalan pemohon dan asal
Geran asal tanah dan salinan
Salinan buku akaun bank yang masih aktif

SYARAT KELAYAKAN

Untuk anda yang masih tertanya-tanya apa syarat kelayakan untuk BMT ini, berikut adalah syarat kelayakannya

1. PEKEBUN KECIL RISDA

Warganegara Malaysia
Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA
Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
Pemilik tanah yang sah
Seorang penerima sahaja untuk 1 lot

2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK

Warganegara Malaysia
Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA
Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
Pengesahan pemilik tanah yang sah
1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
Mempunyai PAT-G

BACA:

Daftar akaun KWSP untuk anak dapat duit ‘free’ RM250

Kecoh Baby Shima menari gelek ‘ghairah’ di Majlis Raya anjuran parti politik Malaysia

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)